✰ tips untuk menjadi model ✰
written on Friday, November 2, 2012 @7:10 PM
i LOVE you
Khairol Fadzli <3

Hye dan Assalamualaikum :)

hai semua, kepada yang mengenali dan subscribe saya di facebook, as you all know saya kini sedang mengembangkan sayap kanan dan kiri entering a whole new world where fashion counts, yeah im a part time model now and bukan model mcm ANTM to ya guys, saya model muslimah :') comel kennnn
so yeah, ini bukan post untuk bangga diri show off riak dan sebagainya sbb to be honest saya mmg sgt minat benda ni dan lama lama bila dah involve saya rasa lebih konfiden dan in trend sejajar dengan fesyen muslimah with hijab nowadays, and guys, saya masih newbie dan muka fresh lagi and takda lah experience banyak mana sbb saya baru start benda ni pun pertengahan tahun 2012 ni. ada je kawan kawan yg tanya mcm mana boleh involve?


okay first step, pada pertengahan tahun 2012, saya dilamar seorang model wanita cantik lampai, dia baru keluar majalah Nur latest ni, dia ada buat class makeup jadi saya jadi model dia, menadah muka untuk dimakeup oleh makeup artist terkemuka di shah alam ni, mungkin anda semua ingat gambar di atas? haa tulah first time dimana minat saya mula timbul utk menjadikan ini semua sebagai hobi.

lalu, saya mula rapat dengan model terbabit dan dia mula kenalkan saya dekat beberapa orang photog newbie lalu saya dilamar sekali lagi untuk photoshoot di Melaka :) photog pertama saya sangat best, dia ajar saya mcm2 cara pose dan nasihat saya banyak sgt dan apa yg dia ckp selalu terngiang kt telinga saya masa saya photoshoot baru baru ni :) terimakasih abang afiq :) dia ni wedding photog , mmg org masjid tanah, masih lg contact dgn dia di bbm hasil gambar dan edit dia mmg sgt marbeles !


kemudian, sudah digembar gemburkan oleh beberapa manusia dimana wajah saya keluar di majalah hijabista, gambar ini tidak membanggakan saya kerana ini bukan gamba pilihan dan bukan saya yang hantar, saya sendiri terkejut mcm mana boleh keluar situ, lalu majalah itu dibeli dan KF pun dok heboh satu uitm saya keluar majalah, padahal gambar saya tah apa2 dan mcm eergh xnk ckp, im not even proud of that. jadi rakan rakan se uitm mula tahu hobi terbaru saya, sebernye ramai dah tahu sy mmg model part time kat uitm sbb part 1 dulu saya ada shoot jgk, and since dkt uitm ada course AD yg amik2 gmba tu, dan since KF kolej dengan budak2 AD ni, saya dilamar sekali lagi untuk photoshoot, kali ni indoor pulak :) photog pun boleh tahan handsome lalu saya pun bawah roommate saya izati utk teman boleh elak fitnah kay hehe :)


 thanks to Syah Irwan sbb sudi beri peluang dan erm melamar saya untuk jadi model part 4 nnt :)





sejak drpd itu, saya jugak ada join 2 photoshoot suka suka dan saya mula try makeup sendiri :)

kemudian, sebelum sem 3 berakhir, tengah gap antara paper finals, saya volunteer nak involve dlm photoshoot outdoor di Taman Tasik Perdana, kali ni, saya dpt kenal 3 org photog yg sgt otai dan friendly dan bg nasihat memberangsangkan, dan saya dimakeupkan oleh kak Lili yg sgt comel dan nak promote makeup dia sbb dia newbie lg, thanks to kak Lili, Abg Fakhri, Abg Zul dan Abg Ucu :)

gambar lain saya belum dpt, buat masa ini, tataplah wajah pelik saya dlm gmbar yg saya ada masa event haritu. 

then ni shoot betul2 lepas habis final di bandar melaka, photog ialah batchmate sendiri :) senang bekerja dgn org yg kita cepat boleh fit in, senang nk ckp, nk luahkan, senang and selesa nak bg idea nk pose mcm mana, di mana dll :)


ok dah habis final jadi saya menceburi lagi secara aktif di dalam bidang ini, makanya, saya dilamar oleh seorang gadis untuk represent boutique tudung yang beliau baru nak hidupkan bisnes ni di bangi. malam tadi saya baru deal dengan ower butik pengantin berinai bridal di cheras, dia telefon saya untuk settle kan gown pengantin yang saya akan pakai nanti :) untuk minggu ni, hari ahad saya ada photoshoot bersama abg Fakhri dan Mua(makeup artist) saya nama Kamilia di Taman KLCC, untuk minggu depan hari selasa saya ada photoshoot studio di Shah Alam, Mua newbie nk buat portfolio, untuk hari khamis saya ada shoot bersama photog aktif di area KL dan Mua saya hari khamis tu ialah seorang mua yg betul2 makeup artist malaysia dan stylish bg majalah2 dan iklan tv :) untuk Sabtu depan saya akan ke Karangkraf di Shah Alam pula :)
untuk event yg terbesar saya akan join ialah, insyaAllah klu tiada halangan, saya akan join fashion show event anjuran Mida'R di PWTC iaitu ada 10k wanita pemuda umno, event akan dilancarkan oleh Datin Seri Rosmah dan akan ada penutup yg dirasmikan oleh PM kita sendiri, artis turut ada ialah Siti Nurhaliza :) saya akan peragakan baju gown bridal kembang2 bawah tu ala2 princess sbb theme mcmtu :)

so okay skrg boleh baca balik tajuk di atas tu, tips utk menjadi model?
1. kene rajin bertanya butik2 dkt facebook, boleh search event2 yg akan happen dan boleh get in touch dengan mua
2. bila dah kenal mua, tny bila ada next photoshoot utk buat portfolio sendiri
3. klu nk buat photoshoot utk portfolio sndri, ada 2 pilihan, berbayar atau tidak ; kepada yg byk duit, boleh join event yg baju sponsored dan mungkin paling2 kene baya RM50 utk one day, tapi saya, saya buat portfolio saya cari yang tidak berbayar and kadang2 ada je yg bayar kepada sy sbb sudi bantu buat portfolio mereka :) saya akan cari photog yg nak buat portfolio jugak, saya akan cari Mua newbie sbb mereka semua selalunye tidak akan mintak bayaran klu nk photoshoot :)
4. bila dah join satu event, anda akan mula diperkenalkan kpd bberapa photog lain , carenye, photog td akan upload gmbar anda dkt fb beliau sendiri, maka kawan2 photog td iaitu seorang photog juga akan mula add fb anda dan kalau anda menepati citarasa wartawan2 ini, mungkin anda akan terpilih untuk mewakili butik2.
5, bile dh ramai photog kenal, anda akan di invite utk mcm2 photoshoot, bile ada byk photoshoot, ramai mua yg anda akan kenal, kdg2 mua adalah event planner jadi rajinlah bertanya tntg next event :)
6. bila dah jadi model newbie / talent, jangan cepat cranky dgn photog, hargai photog yg sudi edit dan baring2 atas tanah utk ambil gambar anda
7. jangan memilih, jgn cerewet pilih mua jgn cerwet pilih photog nk yg hensem2 je mmg tk, anda kene respect mereka2 ni sbb klu xde mereke, anda tidak akan kemana
8. kene belajar pakai heels 3 4 5 inci, ikuti trend skrg dan beli majalah2 spt hijabista , nur, dara, study cara pakaian utk photoshoot, tudung2 utk photoshoot dan gaya pose yg plg penting, study study study
9. kene kuat stamina, okay ni penting, sebelum start shooting, pastikan perut jgn kosong, anda akan diminta posing selama beberapa jam, anda akan berpeluh , kaki anda akan menggigil dgn sakit dan anda akan susah nak nafas (pengalaman saya), jadi byk minum air, mintak break klu x larat dan kene senam slalu :)
10. jgn berlagak, bila dah jd model, x perlu show off dan riak kt semua org, ha ha ha aku model skrg, kau ada? mcmtu, share lah pengalaman anda kepada newbie wannabe di luar sana dna juga kawan2. saya juga ada promote kawan2 saya utk jd model. baik lelaki mahupun perempuan. selain tu, saya juga ada recommend butik2 tudung yg pernah melamar saya untuk hire makeup artist yg hasilnya amat memuaskan hati :)

kelebihan hobi saya 

1. selain dapat duit, mereka akan bagi saya saguhati, tudung, kasut , belanja makan dll
2. dpt kenal raaaaamai photog dan mua, senang nnt nak kawen bole roger2 photog dan mua
3. pakai baju lawa2 terutama utk bridal boutique
4. akan bina konfiden , tak malu depan camera, ni kpd yg mmg suka photogedik lah
5. dpt belajar serba sedikit cara2 nk makeup sbb buat mse skrg je dh ada 4 org mua makeupkan saya, saya akan perhatikan semua tools makeup dia, box makeup, apa yg dia guna utk tenyeh di muka saya , dia guna berus apa step by step, kene rajin bertanya jgk, ni untuk apa, ni foundation ea, ni berapa beli kt mana, so that makeupkan org ni boleh jd side income, mak andam ke, sbb untung jgk, tp just ramai saingan, tp takpelah, makeup sanak saudara ke family ke bila ada event takpun makeup sndiri utk dpt kepuasan kendiri, kan best

yg x best

1. anda mungkin kene ada transport sendiri, sbb kdg2 ada job di luar kl dimana susah nak travel klu kita cuma tahu naik train dan monorel
2. anda kene tahu jalan sekitar kl, shah alam, putrajaya, ni adalah hotspot tmpt photoshoot 
3. klu mcm saya, saya kena ada GPS, terimakasih yaya belikan cah tablet haha k hutang2
4. muka kene jage, lepas dh makeup sane makeup sini, kene jaga, klu x jeraawat mula mencanak

get it? haha da penat type, thanks for reading :)

xx


➾ 0 thoughts || dear stalkers ,shout here !